Isnin, 25 Mei 2009

UMAR AL KHATTAB-PEMERINTAHAN BERSIH

Apakah tugas pemimpin yg sebenar nya?
Pemimpin harus mengarah,memutus,mengatur,menjadi teladan dan memerintah.Tapi adakah itu saja?Tentunya tugas utama ialah MEMIMPIN negara.Dalam hal ini Saidina Umar al Khattab merupakan pemimpin yg menggunakan al Quran sebagai perlembagaan nya.Dia meletakkan dirinya sebagai yg teratas sebagai pemimimpin Agung dan Ketua Negara Islam.
Bukan sahaja sebagai pemimpin tetapi bertanggung jawab terhadap akhlak.Di sinilah bermulanya seluruh kekuatan.Ia nya bermula dari atas,yakni bermula dari pemimpin!Keruntuhan akhlak juga bermula dari atas,dari pemimpin.Saidina Ali bin Abi Talib pernah menegur Umar "Tuan adalah Khalifah yg paling serius melangkaui masa."
Umar memang mengakui dia perlu bekerja keras utk memberi contoh akhlak yg tertinggi dan terbaik sebagai seorang Ketua Negara yg harus dicontohi rakyat nya.Tanggung jawab sebagai Ketua Negara adalah amat berat baginya dan amat berbeza dgn tanggapan rakyat sendiri kpd sesaorang pemerintah,antaranya:
1) Bagi rakyat,pemerintahan adalah satu KESEMPATAN dan utk mengumpul kekayaan,tetapi bagi Umar ini adalah suatu BEBANAN.
2) Bagi rakyat,pemerintahan ialah KUASA,tetapi bagi Umar adalah TANGGUNGJAWAB.
3) Bagi rakyat,kuasa adalah NAFSU,tetapi bagi Umar adalah AMANAH.
4) Bagi rakyat,NAFSU adalah juga KEKUATAN,tetapi bagi Umar ini adalah punca KELEMAHAN.
5) Bagi rakyat KELEMAHAN ialah KEPERLUAN,tetapi bagi Umar ini adalah suatu PERHETUNGAN dan PERTARUNGAN.
6) Bagi rakyat PERHETUNGAN ialah KETAKSUBAN,tetapi bagi Umar ini adalah PUNCA PUNCA kepada KERUNTUHAN.
7) Bagi rakyat,KERUNTUHAN ialah bermula dari LUARAN,tetapi bagi Umar ianya selalunya bermula dari DALAMAN!
8) Bagi rakyat,DALAMAN ialah hasil pengumpulan yg diageh-agehkan sesama sendiri,tetapi bagi Umar adalah KEJUJURAN dan KEBERSIHAN HATI yg harus diperketatkan.

Seharusnyalah,bagi Umar pemerintahan yg paling bersih itulah yg perlu didulukan dari segala galanya.Umar telah memastikan kekayaan para Gabenor sebelum dilantik.Jika kekayaan meningkat sejak kebelakangan,maka kejujuran dan kebersihan mereka akan diragui.Kekayaan mereka akan diageh2kan.Kekayaan mereka akan diberi pada kuam Muslimin yg daif.
Umar selalu mengingatkan mereka "Aku sebenarnay mengirim Gabenor,bukan mengirim saudagar!"
Umar melihat sejarah akan membuktikan segala perilaku setiap pemerintah.Umar menginginkan sejarah.Umar mahu menyumbang yg terbaik sebagai seorang manusia.Dia sedar,kaedah ini akan dihormati dan diingati jika orang pertama yg merangkainya mematuhinya. Kaedah pertamanya ialah seorang Ketua Negara harus mencontohi sesuatu yg terbaik utk umatnya,bukan yg terburuk!
Sebagai Ketua Negara,hati nuraininya juga diperlukan oleh umatnya.Saidina Umar merupakan hati nuraini umatnya.Oleh itu dia sentiasa mengingatkan dan menghetung dirinya dulu sebelum menghetungkan tindakan keatas rakyatnya.
Suatu ketika di Kota Madinah,kaum muslimin menyaksikan Umar mengekang dirinya dari segala kemewahan dunia.Umat Islam melantik perwakilan dikalangan mereka yg setengahnya ingin bermuka2 dgn pehak berkuasa dan ada juga yg ikhlas.Perwakilan telah berjumpa dgn Hafsah binti Umar dan berkata kpdanya "Allah telah mengurniakan kemewahan kpd umat Muslimin,maka Amirul Mukminin juga harus dikurniakan menurut kemahuannya dan kami tidak akan membantah!"
Hafsah masuk dan berjumpa bapanya dan menyampaikan apa yg di perkatakan oleh umat Muslimin.Umar menjawab"Wahai anak ku, engkau menasihati rakyat tetapi engkau menipu ayahmu.Sebenarnya keluarga dan harta adalah kepunyaan ku.Tetapi tentang agama dan amanah,ayah tidak boleh lakukan sesuka hati!"