Khamis, 29 Oktober 2009

Pintu taubat masih terbuka!

Adakah selepas besara pada umur 55 atau 56 atau 58 ,kita patut terus bekerja? Adakah umur 55 sudah cukup tua untuk kita berehat? atau mahu lagi terus bekerja hingga umur 58 ikut umur persaraan yang baru oleh kerajaan?Atau bekerja,bekerja dan terus bekerja? Apakah umur 55 belum cukup tua atau belum matang! Atau mungkin umur 55 itu masih terlalu muda jadi mahu apa perlu pencen? Ada juga yang berkata jika tidak terus bekerja, otak kita akan mati, subhanaAllah! Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda bermaksud" Allah telah memberi kesempatan yg cukup kepada orang yang dilanjutkan usianya hingga enam puluh tahun!" (HR Imam Bukhri)Inilah yg dikatakan umur subsidi!
Walau Apa pun kita perlu tepuk dada dan tanya selera.
Kudrat.
Masih kuatkah kudrat kita? masih tajamkah pemikiran kita?masih jelaskah pandangan mata kita?semakin kurangkah rambut kita?banyak putih dari hitamkah atau yang afdalnya, masihkah diperlukan dalam organisasi kita? Siniskah atau sukakah pandangan mata pekerja muda dengan kita? Dalam hal ini Allah telah berfirman " barang siapa yg kami panjangkan umurnya nescaya Kami kembalikan dia kepada kejadian(nya)" (Yassin 68) ia itu kembali menjadi lemah dan kebudakan!
Usia
Adakah majikan mengajikan kita kerana kecekapan kita,suka atau paksa rela? Adakah dalam usia yang meningkat tua ini kita sudah amat sihat?
Mungkin bila bersara pada usia 55 tahun dikatakan terlalu muda tetapi kita patut ingat usia kita semakin pendek bukan semakin panjang! Usia kita semakin hari semakin beredar ke penghujungnya kerana titik noktahnya sudah ditentukan Nya.Berapa lamakah
penghujung usia kita yang masih tinggal berbaki? Berapa usia agaknya kita? 60,70,80? atau sampaikah kita ke usia 90? 100 tahun? Sempatkah kita beramal ibadat sehingga penghujung hayat? Tinggal lagi 10 hingga 20 tahun lagi? Atau masih terlalu sibuk hal ehwal duniawi yang memang tiada penghujung nya.Perihal keluarga,isteri, anak anak,pejabat,perniagaan,rakan taulan dan sebagainya.Masih belum cukupkah apa yang dikumpul dan dicari selama ini? Masya'Allah.
Bulan-Bintang
Selalu- selalulah pandang kebawah,pada rerumput yang diinjak setiap hari. Usahlah merenung kelangit,pada bulan,pada bintang yang mengerdip dan yang sudah pasti tak mungkin tercapai tangan! Dibawah kita pasti ada insan yang lebih daif dan serba kekurangan.Kita patut bersyukur. Percayalah kita tidak akan terdaya melawan kekayaan demi kekayaan orang lain yang melepasi dan diatas kita.Jika kita kata, kita kaya raya,ada Harta dan intan berlian bertimbun,wang bejuta tetapi percayalah sentiasa akan ada yang lebih kaya dan kaya dan kaya dari kita tanpa kita dapat mengapainya lagi!
Puas
Manusia mana yang akan puas atas segala kekayaan yang ada? Dari hidup bujang pasti mahu beristeri atau isteri-isteri ! Kemundian kita mahukan anak dan pewaris. Jika sudah beranak mahu pulak anak2 yang pandai dan masuk asrama atau MRSM atau paling kurang pun Sekolah Sains. Semua anak2 pulak mahu dijadikan dokter,akautan, arkitek atau ahli perniagaan yang berjaya! Kemundian mahu pulak rumah besar,hartatanah dan berkereta mewah. Dalam pekerjaan mahu berjaya dan berpangkat besar atau jika berniaga mahu urusniaga yang jutaan ringgit! Jika semua sudah ada apa lagi yang kita mahu? mungkin pangkat pula, Datuk,Dato',Tan Sri, Tun ,YB? Dan akhirnya mungkin pula kita mahu mendapat 'Kuasa' atau menjadi 'Penguasa' supaya harta yang ada terus terjaga dan terbela dan terus-terusan mencari harta dan wang berjuta tanpa kesudahan macam 'dunia ini ana yang punya' bak kata P.Ramlee dlm film nya. Seolah- olah dunia ini tak akan kiamat!
Bersyukur
Jika sudah dapat masih mahu lagi dan lagi dan lagi............ Bersyukurkah kita keatas rezeki yang diberi? Atau akan digali, digali dan dicari dicari lagi tanpa puas? atau hanya berakhirnya bila masuk ke liang lahat! Tapi amat sayang sekali harta yang dikumpul hasil jerih payah dan lelahnya tidak dapat dibawa bersamanya walau satu sen pun! Semua nya ditinggalkan pada yang hidup, kecuali amal jariahnya, sedekahnya, ilmu yang dimunafaatkan dan anak anak yang salleh! Adakah sudah cukup amalannya sebelum peninggalan ini?
Jadi, patutkah kita terus bekerja dalam usia emas ini? Walau pun kudrat tidak lagi bermaya dan pandangan mata pun sudah mulai kabur? Kekadangnya dalam mesyuarat lebih lenanya dari jaganya. Adakah kita masih bertanggung jawab kepada anak anak yang sudah besar panjang?
Gayahidup
Atau adakah kadangnya kita bekerja kerana mahu teruskan gaya hidup yang selesa sebelum ini atau takut otak mati? Maka setiap hujung minggu padang golf harus dikunjungi, jika tidak, takut kawan yang ada ikut lari? Atau berborak dikedai kopi, kelab malam,karoekay,dangdut atau lepak di coffee house dilobi hotel pekena kopi 'o' dan teh tarik hingga ke pagi macam hari ini tidak ada penghujungnya?
Fikir,fikir,fikirlah....dan diusia emas ini kita lah yang membuat pilihannya kerana masa yang ada terlalu amat cemburu. Kita Umpama buah yang sudah masak ranum dan hanya tunggu masa untuk gugur! Jika pun tidak dimakan dek tupai atau ulat akan gugur jugalah ia pabila ditiup angin! SubhanaAllah!
Masa adalah amat pantas dan terlalu cemburu.
Jika esok masih ada..
Pintu taubat masih terbuka!
Atau aku peduli apa? pergi jahanamlah semua ini !!!