Khamis, 18 Mac 2010

HALAL: MELAYU SEDANG DIKELIRUKAN

Melayu moden menghalalkan semua didepan mata,jadi mengapa JAKIM perlu risau pada kopitiam? Kopitiam dari sejarahnya memang kedai kopi Cina, lihat saja cawan,piring ,gelas dan mangkuknya, semua berciri kecinaan. Jadi mengapa kita orang Melayu yang mengaku beragama Islam masuk dan minum kopi di situ?
Memang patut pun kopitiam tidak mahu minta sijil halal kerana mereka buka kedai kopi untuk orang Cina atau tauke Cina lepas lelah setelah penat berniaga boleh main poker atau majung. Mereka lepak disitu dan minum- minum bersama roti bakar. Jadi kita tidak patut salahkan tauke kopitiam jika mahu campur arak dalam kopi ke atau jual minuman keras ke kerana itu bisness mereka! Jika orang Melayu yang Islam masuk dan minum di kopitiam dan minta makanan atau roti bakar, ini salah siapa? Kita sudah pasti tahu ini kedai bukan Islam dan taraf halal nya pasti boleh dipertikaikan! tetapi malangnya orang Melayu moden yang sebeginilah yang ramai sekarang tanpa memperhetongkan makanan yang masuk dalam perut untuk menjadi darah dagingnya halal atau haram, kadangnya menjamu selera dengan anak dan isteri sekali!
Tauke kopitiam dengan besar hati melayan kerana tanpa sijil halal pun orang Melayu masih mahu makan dan minum dikedainya, jadi perlu apa minta sijil!
Perkara ini bukan berlaku dikedai kopitiam sahaja, kalau kita singgah di tempat rehat lebuhraya Utara -Selatan diperhentian sebelum Tanjung Malim menghala Kuala Lumpur atau perhentian Rawang menghala ke Utara perkara yang sama kita akan dapat lihat. Gerai bukan Islam lah yang menjadi tumpuan orang Melayu Islam dan sanggup beratur bersama keluarga untuk membeli makanan panas walau pun ada gerai dengan jelas tiada ada langsung tanda halal! Malah ada terpampang nama tuan ampunya gerai bukan Islam digerai tersebut! Orang Melayu amat mudah tertipu dan terpedaya sebab dilayan oleh pelayan Indonesia yang bertudung! Ini sudah dicop lulus dan boleh makan tanpa memikirkan bagaimanakah bahan bahan tersebut disediakan?
Kadangnya ada juga gerai- gerai nasi ayam atau restoran mamak di ibu kota seperti di Bangsar, Subang Jaya dan Ampang yang mempamirkan logo halal yang meragukan atau ditulis sahaja makanan halal tetapi orang Melayu moden ini tetap akan masuk makan kerana bagi mereka jika ada tulisan halal sudah cukup untuk masuk makan dan minum tanpa perlu berfikir panjang! Kasihan orang Melayu, betapa mudahnya mereka keliru dan dikelirukan sedangkan kuasa membeli ada pada mereka dan apa yang diperlukan ialah tepuk dada tanyalah selera!