Khamis, 29 November 2012

Patutkah Hukuman Gantung Kerana Dadah Dihapuskan?

Dalam keadaan negara kita yang sering menjadi transit dan diserang dengan pelbagai isu dadah saban hari oleh pelancong dan pendatang asing, kita menjadi nanar apabila Menteri  di Jabatan Perdana Menteri YB Nazri dengan tiba-tiba mahu memansuhkan hukuman gantung sampai mati!
Dengan alasan kononnya kerana kita mahu membela rakyat kita yang telah ditahan pihak berkuasa di luar negara kerana menjadi keldai dadah. Alasan ini amatlah kurang kukuh bagi membela mereka dan kelihatan sangat remeh.
Kita saban hari membaca didada akhbar dan menonton di TV betapa seriusnya gejala pengedaran dadah ini oleh warga asing yang ditangkap di pintu-pintu masuk sempadan negara kita terutamanya di KLIA dan LCCT. Dadah disembunyikan didalam beg pakaian, didalam bungkusan makanan, didalam ubi kayu, malah ia ditelan dan disimpan didalam perut !! Jumlah dadah ini jika dinilai dengan matawang kita adalah dalam kiraan jutaan Ringgit Malaysia, ini adalah suatu jumlah yang amat mengejutkan kita berbanding dengan kes-kes pengedaran dadah pada suatu masa dahulu. Mereka ini terdiri daripada warga Iran, India, Afrika dan sebagainya malah telah dapat dikesan dan dibongkar makmal-makmal dadah yang diusahakan oleh warga tempatan bersama-sama dengan warga asing ini.
Sekiranya dadah-dadah ini tidak dapat dikesan oleh pihak kastam dan imigresen, apakah akan terjadi jika ia terlepas ke tangan pengedar dan terus ketangan penghisap dan penagih dadah yang terdiri dari anak bangsa Melayu? Anak bangsa Melayulah yang telah ternyata menjadi penghuni nombor ‘wahid’ jumlah yang paling ramai di pusat-pusat pemulihan/serenti seluruh negara.
Dengan hukuman mati mandatori yang masih dikuatkuasakan pun mereka sanggup dan berani untuk melakukan pengedaran dadah dengan  sewenang-wenangnya tanpa takut, inikan pula hukuman yang lebih ringan! Walaupun kadangkala pengumuman dibuat didalam pesawat semasa mendarat dari luar negara di lapangan terbang KLIA dan LCCT berkenaan dengan hukuman ini tetapi tiada siapa pun yang ambil peduli!
Kita sebagai ibubapa dan warga Malaysia yang prihatin ingin meminta supaya pihak kerajaan membuat kajian yang teliti sebelum membuat keputusan untuk memansuhkan hukuman gantung ini. Adakah hukuman ini dianggap zalim dan kejam? Bagaimana pula dengan beribu-ribu anak bangsa kita yang mati kerana ketagihan dadah berpunca dari pengedar-pengedar dadah yang tamak haloba ini? Penceraian antara suami isteri, kehancuran rumah tangga, fungsi kekeluargaan dan masyarakat yang kucar-kacir sehingga ada yang menjadi bangkai bernyawa dan jangkitan HIV hingga ke anak-anak yang tak berdosa sebagai pewaris bangsa? Bukankah ini lebih zalim dan kejam kerana ia melibatkan beribu-ribu nyawa lain dan menjadikan penagih-penagih dadah sebagai penagih tegar untuk sepanjang hayat.  Kerajaan terpaksa pula mengeluarkan jutaan ringgit perbelanjaan untuk memulihkan penagih-penagih ini di pusat-pusat pemulihan/serenti dan mengedarkan jarum dan kondom secara percuma. Apakah kita yang sedang menuju ke arah negara maju ini menganggap bahawa masalah dadah adalah perkara biasa dan sebuah cerita klasik yang tidak lagi perlu diwar-warkan? Adakah sekarang kita telah menjadi  lebih prihatin untuk menghukum para pengedar dadah ini?
Oleh sebab itu kita berpendapat bahawa sebarang keputusan dari kerajaan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan dan kesejahteraan bangsa dan rakyat kita sendiri bukan kerana desakan oleh pihak luar ataupun cuba untuk mengikut contoh dari negara lain bahawa mereka telah melakukan perkara sedemikian maka kita pula mahu mengikut cara mereka!

Rabu, 9 Mei 2012

TUNJUK PANDAI

 Apakah puak pakatan merasai tempat suci ini juga patut dinodai dengan demo bodoh Bersih 3 mereka? Mereka tidak lagi berupaya dan menjadi buta dan nanar utk memilih yg mana tempat orang beribadat dengan tempat mereka membuat onar dan noda ? Itu lah jika pemimpin mereka  berjuang ikut nafsu-nafsi tanpa akal yg waras, mereka ini sanggup apa saja asalkan matlamat tercapai !!
Sekiranya si ketua kencing berdiri, si pengikut yg taksub pulak kencing sambil berlari.....apakah pemimpin begini yg kita cari?
 ketua yg rendah moral dan tak tahu malu ?
 ketua  yg sokong LGBT ?
 PAS yg mencelaru-birukan fatwa dan ikut rentak telunjuk DAP yg rasis ?? Maka tepuk dada tanyalah selera dan jangan pula sampai nasi sudah menjadi bubur!!


Ahad, 5 Februari 2012

BR1M SIAPA YG UNTUNG ?

Gulungan dan kaum manakah yg untung dengan pemberian RM 500 ini oleh kerajaan? Kaum manakah yg rajin mengisi borang dan beratur utk mendapat sumbangan ini? Di bandar bandar besar seperti di Pulau Pinang misalnya,beberapa kerat saja orang Melayu yg beratur untuk menerima sumbangan ini!!Adakah mereka ini tidak layak,tidak memohon,malu utk meminta,tidak tahu atau tidak faham utk mengisinya? Atau mempolitikan keadaan? Kenapa kita tidak guna institusi masjid dan surau utk tolong org Melayu isi borang ini??Apakah puak pakatan mahu memainkan isu politik dalam bantuan ihsan pada rakyat ini?Bangsa lain sanggup pergi rumah ke rumah utk mengisi borang,tapi kita orang Melayu bagaimana? Masih bercakaran sesama umat!!!Siapakah yg cerdek dan untung dalam berpolitik ini? Melayu memang pelupa dan terlalu alpa!!

Khamis, 5 Januari 2012

AWAS BERBELANJA DI PASARAYA BESAR!

Ternyata DAP amat teruja dengan harga dan kualiti barangan yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). Rajinnya wakil rakyat mereka menyiasat kualiti barangan hanya kerana KR1M idea dan diurus selia oleh dua Kementerian Kerajaan Persekutuan. Memandangkan harganya amat murah dari pasaraya lain dan pesaingnya maka DAP mencari peluang segala kekurangan yang ada di KR1M untuk keuntungan politik sempit mereka! Mengapa tidak pula wakil rakyat mereka cuba menyiasat harga dan kadangkala penipuan yang dilakukan oleh pasaraya kecil dan besar yang telah wujud bertahun-tahun di Malaysia selama ini? Dalam keadaan pasaran yang tidak menentu dan harga barangan harian yang melambung naik, ditambah lagi dengan nilai wang dalam tangan pula semakin mengecil, maka kita sebagai pengguna haruslah berhati-hati untuk berbelanja di pasaraya-pasaraya besar! Berdasarkan pengalaman yang bukan sekali tetapi berkali-kali bila membeli belah dipasaraya-pasararaya besar ini, beberapa penipuan telah dapat dikesan antaranya ialah: Harga yang dilabelkan pada barangan yang dibeli tidak sama dengan harga yang dibayar semasa dicetak dalam resit. Harga pada resit adalah lebih tinggi dan kadangkala tidak masuk akal! Harga yang dilabelkan pada barangan tertentu telah dikurangkan dengan harga yang amat rendah (untuk habiskan stok lama) tetapi harga yang dibayar semasa dicetak masih lagi pakai harga asal dengan harga yang mahal! Harga diskaun barangan terpilih dipamerkan pada rak tetapi bila dibayar dan dicetak dalam resit, ia masih menggunakan harga lama sebelum diskaun! Barangan berjenama sepert i minuman bertenaga atau kopi segera misalnya terdapat tawaran istimewa jika dibeli dalam bungkusan yang lebih besar dan tercetak lebih jimat dari membeli bungkusan yang kecil. Sebaliknya jika dibuat pengiraan semula, dengan membeli bungkusan kecil adalah lebih menjimatkan! Kadangkala terdapat harga diskaun/murah yang dipamerkan pada rak untuk barangan tertentu tetapi sebaliknya barang atau jenama lain yang diletakkan. Pengguna menjadi keliru dan tertipu bila membuat pembayaran kerana harga dan tempat letak barang tidak dikemaskinikan! Terdapat juga harga barangan yang dilabelkan tidak sama apabila disemak dengan mesin penyemak harga! Biasanya harga lebih tinggi dan amat berbeza sekali! Kadangkala terdapat dua kali cetakan barangan yang sama dalam resit bayaran. Kadangkala sama ada ianya disengajakan atau tidak, telah dimasukkan satu atau dua harga barangan yang tidak di beli dalam resit bayaran kita! Barangan yang dijual di pasaraya besar kadangkala harganya jauh lebih tinggi daripada apa yang kita beli di kedai runcit! Oleh itu kita mesti rajin membuat tinjauan mengikut harga patut dan mampu beli. Penipuan ini sama ada disengajakan atau tidak adalah sesuatu yang amat merugikan pihak pengguna. Pihak pengusaha atau penyelia pasaraya tersebut jika kita dapat kesan kesilapan dan penipuan ini mereka hanya memohon maaf dan dengan selamba membayar balik baki wang yang terlebih bayar tanpa nampak ada nada kekesalan! Seolah-olah ini adalah perkara biasa bagi mereka! Apakah yang akan terjadi jika pula kalau kita tidak menyemak semula barang yang telah dibeli? Bagaimana pula pengguna atau pelanggan yang telah membayar tanpa disedari barangan yang mahal atau membayar untuk barangan yang tidak dibeli oleh mereka? Adalah dinasihatkan pengguna berhati-hati semasa berbelanja dengan kadar yang banyak dipasaraya besar. Sentiasa menyemak harga dengan mesin penyemak dan mengambil sedikit masa untuk menyemak semula harga semua barangan yang dibeli sebaik sahaja membuat pembayaran dikaunter sebelum pulang ke rumah! Kita haruslah menjadi pengguna yang bijak supaya penipuan ini dapat dielakkan!! Kepada DAP, kita syorkan mereka supaya menyiasat pasaraya –pasaraya gergasi ini sebagaimana mereka menyiasat KR1M yang mana banyak melibatkan pengusaha kecil Melayu dan bumiputera dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS).