Selasa, 28 Oktober 2014

Iktibar Dari Cambodia


Sebaik sahaja  kami  tiba di hadapan hotel penginapan di Phnom Pehn kami dihampiri oleh beberapa orang kanak-kanak dan seorang ibu yang menggendong anak kecil dan seorang  lagi kanak-kanak berumur  lebih kurang empat tahun menadah tangan meminta sedekah! Sambil meminta dan merayu dengan bahasa Khmer yang saya tidak faham. TPakaian anak-beranak ini amatlah daif. Itulah gambaran pertama yang kami lihat setibanya di bandaraya Phnom Penh, ibu Negara Cambodia! Peperangan dan rejim Polpot telah menyebabkan negara mereka menjadi miskin!

Esoknya dalam perjalanan ke kampong Rom Jeak/Tom Bea daerah Kompong Cham untuk ibadah korban yang mengambil masa lebih kurang lima jam
menaiki van dan jalan tanah merah yang amat tidak selesa dan berlopak. Di kiri dan kanan terdapat  rumah-rumah papan yang amat daif sekali. Rumah-rumah ini dibina sepanjang jalan tanpa tingkap dan tiada saluran air paip dan kuasa elektrik! Saya terkenang keadaan perkampungan kita pada tahun lima puluhan dan enam puluhan yang ada sedikit persamaan. Bahasa yang digunakan disini termasuk semasa khutbah Hari Raya Haji adalah dalam bahasa Khmer yang terdapat banyak perkataan Melayu dan Arab diguna pakai. Orang-orang kampung disini amatlah ramah dan amat menghormati kami (seperti orang kampung kita pada masa lalu). Mereka juga mengaku mereka adalah orang Melayu, Melayu Cham(Champa). Menurut sejarahnya, memang wujud Kerajaan Melayu Champa!
Apa yang dimaklumkan  oleh pemandu pelancong, masjid dan surau yang dibina disini atas inisiatif mereka sendiri  dan juga hasil dari  kutipan derma. Kami juga difahamkan rakyat dan dermawan dari  Malaysia  ramai yang datang membantu. Alhamdulillah. Kerajaan mereka pula difahamkan tidak menghulurkan sebarang bantuan!
Disebabkan tidak adanya kuasa elektrik, maka  semua lembu yang  dikorbankan akan dibahagikan kepada semua penduduk kampung sama rata untuk dimasak pada hari yang sama! Kasihan. Kami juga dapat merasai nasi putih dan daging goreng “bodoh” (tanpa sebarang rempah atau perencah).
Kita sebagai rakyat Malaysia amat bertuah hidup dalam negara yang aman damai. Anak-anak kita pula dapat hidup dalam persekitaran yang mewah sehingga ramai kanak-kanak kita yang kelihatan obesiti!

Disamping sekolah kebangsaan, masjid dan surau, kerajaan kita juga membantu membina  sekolah jenis kebangsaan. Kerajaaan juga memberi bantuan dan membina kuil dan tokong tempat beribadat  orang bukan beragama Islam walaupun negara ini majoriti pemerintahnya adalah orang Melayu dan agama rasminya adalah agama Islam! Kita juga dapat melihat sekiranya minoriti Islam berada dibawah pemerintahan bukan Islam belum tentu lagi peduduk yang beragama  Islam akan terbela. Sebaliknya jika minoriti bukan Islam berada dibawah naungan pemerintah Islam kepentingan mereka akan terjaga dan terbela! Namun begitu di Malaysia masih lagi ada suara sumbang yang  mengatakan kerajaan masih tidak adil, sehingga kalimah Allah pun mahu dipertikaikan. Pesta arak pula mahu diperbesarkan dan dicanangkan tanpa mengambil kira perasaan dan sensitiviti orang Islam! Inilah dikatakan umpama diberi betis hendakkan peha! Kita cadangkan mereka ini termasuk Melayu yang menyokong pesta arak ini atas dasar politik dan konon kesamarataan pergilah melawat bumi Cambodia!Baru tahu bumi ini tinggi rendah!
Sepatutnya mereka harus sedar dimana bumi dipijak,di situlah langit dijunjung!!

Isnin, 14 April 2014

RUNTUHNYA AKLAK SEBAGAIMANA RUNTUHNYA BANGUNAN LAMA DIKELILING KAABAH

MADINAH-MAKKAH 6 APRIL-20 APRIL 2010.

(Al kisah ini berlaku 4 tahun lepas tapi baru ini dapat diterbitkan untuk kita hayati bersama,mungkin sekarang telah berlaku perubahan sikap..kita sentiasa berdoa' yang terbaik, Amin)

Runtuhnya bangunan bangunan lama keliling Masjidil Haram/Baitullah yang menjadi Kiblat umat manusia Islam seluruh dunia, bersamanya runtuhlah juga akhlak sebahagian penghuninya! Asap ,debu,pasir,panas dan jentolak/jenkaut bersimpang siur memusnahkan dan meruntuhkan segala bangunan lama tinggalan zaman berzaman.Sedih. Pembangunan mengorbankan segalanya.Kedai nasi beriani ayam/kambing,deretan kedai gunting rambut,kedai jual tasbeh,kedai jam murahan dan gerai jubah hilang entah kemana.Tidak lagi ada jeritan 'Malaysia bagussss' atau 'Haji ya Hajjah/Rahmah mari beli atau tengok duluuu' dan senyuman dari penjualnya! Berkomunikasi di Mekaah dan Madinah tidak masaalah kerana kebanyakan peniaga boleh bercakap Melayu, Melayu pasar,jadilah. Itulah permodenan yang rakus dan sedang berlaku dikeliling Kaabah!Ketenangan didalam masjidil haram sedikit terganggu bila muncul sahaja kita diluar pintu-pintunya yang banyak dan kadangnya menyebabkan kita tersesat! Mujur juga bila masuk waktu solat aktiviti ini dihentikan!Kadangnya nampak diluar Masjidil Haram macam suatu bandar baru yang moden!

Kemanakah perginya peniaga peniaga ini? Kemanakah perginya gerai gerai kecil yang ramah tamah ini? Cari punya cari,rupa rupanya mereka sudah berada di bawah bangunan-bangunan tinggi, dibawah hotel hotel bertaraf empat, lima,enam atau berbintag bintang bintang yang baru dan sudah siap sebelum ini!Dengan tidak semena mena mereka ini (tawkeh yg sama) jadi sombong dan bongkak....dari pondok buruk dah naik ke bangunan tinggi dan pencakar langit untuk berniaga! Tawar menawar tidak lagi mesra alam! Kita bertanya harga minyak attar  beberapa kali tidak dijawab macam memekak telinga,jika menjawab pun seadanya saja. Bo layanlah katakan.Tetapi jika yang datang dengan jubah mahal dari negara Timur Tengah (Arab),mereka dilayan habis! huuhhh...!!apa tidaknya kita cuma pakai jubah tepi jalan beli waktu lepas solat subuh cuma 20 Riyal! pun dah ingat sudah mahal !Kopiah pun berharga 3 sepuluh Riyal.
Tapi kesabaran membuat kita tenang dan beristigfar dibumi ambia dan kota suci ini,,kemarahan kita telan saja buat azimat muga mereka mereka ini diberi petunjuk oleh Allah.

Apa yang ingin dicatatkan disini  ialah pembangunan boleh merubah sikap manusia tidak kira dimana mereka berada.


Catitan ini adalah pengalaman  peribadi yang munkin tidak dirasai oleh  orang lain yang mungkin mendapat layan yang berbeza.