Jumaat, 25 Ogos 2023

Ibu

IBU
Luput sudah senyum mu,luput sudah tawa mu,luput sudah rintih mu...sebelum azan Asar berkumandang, tepat jam 3.15 petang pada 16.september 2014,ibu menghembuskan nafas terakhirmu.Dihari selasa yang dinamakan hari Pembentukan Malaysia, kau pergi buat selama lamanya!Hilanglah sudah rintihmu sejak bertahun tahun mahu diangkat dan dipangku untuk mengambil wudu',mahu diangkat dan dipangku bila mahu kebilik air atau kemana sahaja...amatlah payah bagimu kerana uzur dan tidak dapat berjalan sendirian.Kedua kaki mu tidak lagi dapat berfungsi dan mengecil kerana tidak digunakan. Amat payahnya kerana tidak dapat bergerak sendiri! Mengharapkan ihsan anak anak dan cucu cucu bila mahu kemana saja.Apakan lah daya mu wahai ibu ku?
Ibu, sayangnya aku tidak dapat mengendung mu seperti adek adek dan cucu cucu mu! kerana tiada kudrat ku akibat pembedahan tulang belakang masa lalu...walau pun ku ingin mencuba tapi ibu, kau sentiasa memarahi ku kerana takut aku pula yg sakit...tiadalah  adanya pahala  yang cuba aku cari disitu,tapi apakan daya!.
Ibu,  aku masih terkenang betapa susahnya dirimu membela kami semasa kecil kecil kerana pendapatan ayah yang tak seberapa.Aku masih teringat ayah tertidur dengan sampul wang gaji diatas badannya kerana penat memikirkan hutang puitang dan belanja harian kami lapan beradik!Dan kau ibu akan bangun sebelum dinihari dan sebelum subuh menjelma untuk memasak nasi lemak,mee,beehoon dan beberpa jenis kueh mueh untuk jualan bagi menampung perbelanjaan sekeluarga.Adik adik akulah Rahim atau nama asal cikgu Majid dan Halim pegawai penjara bersara akan berjualan dan menjaja “kueh,kueh”dirumah pangsa berdekatan sebelum mereka kesekolah sebabnya aku malu kerana  dah besar panjang jadi abang sulung pula!Sebagai abang sulung aku kadangnya mendapat keistimewaan dari ibu dan selalunya resen ku atau bahagianku akan sikit berlebihan dari adek adek yg lain!Kadangnya rasa tak adil pulak.
Tapi rasaku adek adikku pun reda agaknya.Itu cerita dulu masa kecil kecil.
Ya Allah engkau kasihanilah kedua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihiku semasa aku kecil kecil dahulu!
Amin ya Rabbul Al-Amin.