Isnin, 13 September 2010

PELANCONG TIDAK BERMORAL: SALAH SIAPA?


Disamping kes pembuangan bayi yang kian menjadi-jadi, media saban hari melaporkan kegiatan rumah urut, pelacuran dan GRO yang telah ditangkap. Perkara ini melibatkan warga asing terutamanya dari China disamping Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina dan tidak terkecuali warganegara Malaysia sendiri. Negeri Selangor,Wilayah Persekutuan, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Perlis dan Pulau Pinang adalah yang diantara negeri-negeri utama yang menjadi kegiatan maksiat ini termasuklah Kelantan yang juga tidak terkecuali dari kegiatan-kegiatan tidak bermoral ini.
Tetapi malangnya, walaupun tangkapan demi tangkapan dan serbuan demi serbuan telah dibuat berpuluh-puluh kali oleh pihak berkuasa namun tempat maksiat tersebut akan dibuka kembali tidak lama kemudian! Seolah- olah mereka tidak serik dan takut akan undang-undang yang dilaksanakan! Ironinya mereka yang ditangkap dan dihantar pulang akan kembali ke Malaysia dan meneruskan aktiviti yang sama! Dimanakah salahnya? Adakah terdapat kebocoran rahsia semasa serbuan dibuat, yang menyebabkan pengusaha tempat maksiat tersebut terlepas dari undang-undang atau terlepas dari didakwa?
Kita merasa amat muak apabila berkali-kali gambar berpuluh-puluh warga asing ini yang berpakaian tidak senonoh ditangkap pihak berkuasa yang di siarkan di suratkhabar dan ditayangkan sewaktu berita TV. Saban hari ada sahaja serbuan dibuat dan ditayangkan di TV. Adakah budaya sebegini yang kita mahu tayang dan dipertontonkan pada anak-anak kita? Tidak cukup lagikah dengan isu-isu membuang bayi secara berterusan? Negara kita juga telah cuba untuk dijadikan hub/pengkalan dadah antarabangsa. Apakah tugas pihak berkuasa cuma serbu, tangkap, dakwa, denda dan hantar pulang warga asing tersebut maka dianggap tugas mereka sudah selesai? Bagaimana pula pengusaha rumah urut dan pengusaha rumah pelacuran yang terdiri dari rakyat tempatan dan menjadi tauke kaya boleh terlepas tanpa didakwa? Esok atau lusa dengan segera mereka akan membuka semula tempat-tempat pelacuran dan yang tidak bermoral ini tanpa perlu rasa takut kerana “supply” senang diperolehi dengan kelonggaran visa kemasukan ke negara ini adalah terlalu mudah melalui VOA (kita bersyukur kerana VOA ini telah dibatalkan).
Apakah peranan Pihak Berkuasa Tempatan atau Majlis Daerah dan kerajaan negeri terutama di Selangor dan Pulau Pinang yang dikuasai Pakatan Rakyat yang terus-menerus meluluskan pusat- pusat hiburan secara semberono?
Apabila ditinjau di Lapangan Terbang Tambang Murah atau LCCT terutamanya di sebelah malam, penerbangan-penerbangan dari Tianjin, Taipei dan Hong Kong adalah begitu kerap sekali. Berduyun-duyun dan begitu riuh sekali pelancong dari tempat-tempat ini datang dimana beberapa buah bas telah siap menunggu mereka bersama dengan agen pelancongan sekali! Kadangkala kita tertanya-tanya , apakah kesemua mereka ini pelancong yang sebenar yang membawa keuntungan pada negara kita atau lebih kepada yang memudaratkan?
Menteri Pelancongan telah menetapkan target yang begitu tinggi terhadap kemasukan kadar pelancong ke Malaysia bagi tahun ini dan tahun hadapan. Laporan dalam Utusan Malaysia pada 14 Ogos 2010 melaporkan bahawa Kementerian Perlancongan menyasarkan 2 juta pelancong Cina tahun ini dengan anggaran pendapatan kira-kira RM 3 billion. Kita amat bimbang adakah Kementerian lebih mengutamakan kuantiti pelancong berbanding kualiti? Apakah jumlah pelancong yang tinggi menunjukkan Malaysia adalah destinasi pelancongan pilihan dan kita boleh berbangga dengannya? Adakah Kementerian berkenaan lebih mementingkan pendapatan berbanding keselamatan Negara? Setakat manakah pihak berkuasa kita boleh menjamin kesemua pelancong yang masuk akan balik selepas visanya tamat? Kita amat bimbang jika jumlah pelancong yang masuk ke negara ini berkurangan, tetapi bukankah sepatutnya kita perlu bimbang terhadap jumlah pelancong yang masuk ke negara ini tinggi tetapi jumlah yang keluar berkurangan? Inilah yang terjadi di Malaysia sekarang. Ramai pelancong dari China, India, Afrika, Vietnam malahan Indonesia juga hilang apabila berjaya masuk sebagai pelancong ke negara ini. Kemanakah mereka ini pergi? Adakah mereka mendapat simpati dan disembunyikan oleh rakyat tempatan? Atau mereka memang bertujuan menetap di negara ini yang merupakan lombong emas?
Kita merasakan sudah sampai masanya semua agensi kerajaan terutamanya Polis, Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri mengembeling tenaga untuk menyekat kebanjiran pelancong yang tak beretika ini,mencari mereka yang hilang dan membawa dalang-dalang yang terlibat kemuka pengadilan tanpa memilih bulu!

SAMAN EKOR: MAHU MENDIDIK ATAU MAHU MENGHUKUM?


Kita perlu melihat mengapakah saman atau saman ekor di kenakan kepada pengguna jalan raya. Sudah semestinya saman dikeluarkan adalah sebagai denda kerana kesalahan trafik atau lalu lintas. Ini adalah supaya kita sebagai pengguna jalanraya akur dengan undang-undang yang dilaksanakan. Walaubagaimana pun cara saman ekor dikenakan adalah perlu dipertikaikan kerana pihak polis menggunakan segala kreativiti yang ada bagi menghalakan kamera untuk menyaman pengguna secara bersembunyi disebalik tiang jejambat lebuhraya, dicelah-celah pokok atas bukit, ditebing- tebing lebuhraya atau jalan Persekutuan dan yang terbaru pengguna jalanraya diintip pula dari atas menara seumpama pondok di persisiran lebuhraya! Adakah kesalahan trafik dianggap suatu jenayah yang amat berat maka perlu kita memerangkap secara besembunyi dan diintip?
Mengapakah kamera untuk menyaman ini perlu disembunyikan untuk memerangkap pesalah trafik? Akibatnya tanpa disedarai kita akan menerima saman ekor selepas beberapa minggu malah beberapa bulan!Dimana kita ketika itu pun mungkin sudah tidak dapat diingat. Kita merasakan sudah sampai masanya pihak polis harus menyatakan dengan jelas lokasi kameranya dan papan tanda amaran adanya sekatan jalanraya. Adakan sekatan jalanraya selepasnya untuk terus menyaman pemandu yang terbukti salah masa itu juga tanpa menunggu berminggu atau berbulan –bulan!Dengan ini saman ekor tidak lagi diperlukan. Pihak polis haruslah telus dalam sebarang tindakan. Kita tidak tahu apakah dasar pihak polis menyaman pesalah trafik secara tersembunyi ini, adakah untuk mendidik dan beri pengajaran atau lebih kepada mahu menghukum pengguna jalanraya! Kita masih ingat suatu masa dahulu pesalah trafik telah ditangkap dirumah didepan keluarga dan digari kerana cuma kesalahan jalanraya!
Diluar negara, dengan mengambil beberapa contoh seperti di London, England dan Dublin, Ireland misalnya jika kesalahan pertama dilakukan kita akan dinasihatkan dan diberi amaran. Mereka tidak terus menghukum dan juga tidak wujud anggota polis yang bersembunyi dengan kameranya dicelah- celah tiang hanya untuk mengenakan saman ekor! Sesuatu yang baik dari luar negara perlu kita belajar dan ambil iktibar bagaimana mereka mengurangkan kadar kemalangan jalanraya dan mendidik pengguna jalanraya. Di Indonesia, dibandar besar seperti di Jakarta atau di Makassar,Sulawesi kenderaannya terlalu banyak dan bersesak –sesak sepanjang hari tetapi jarang berlaku kemalangan yang besar dan teruk. Di sana tidak ada saman ekor pun.
Kita ingin bertanya pihak berkuasa atau Jabatan Polis, apakah sejak saman ekor diperkenalkan beberapa tahun lalu, kadar kemalangan jalanraya telah berkurangan atau telah menurun? Kita tidak nampak saman ekor telah mengurangkan kadar kemalangan jalanraya di Malaysia malah saman ekor telah membebankan rakyat dengan kadar denda yang amat tinggi iaitu RM 300.00! Tidak cukup dengan itu, kini kita pula dibebankan, menyusahkan dan bertambah malang lagi dihukum pula oleh Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) dengan menyenarai hitamkan pengguna jalanraya tersebut. Apakah dengan denda yang tinggi dan hukuman ini , kita yakin kadar kemalangan akan menurun dan pengguna jalanraya akan lebih berhemah? Tetapi kemungkinan yang wujud ialah mereka akan berada dijalanraya tanpa lesen dan cukai jalan!
Pihak berkuasa terutama Jabatan Polis harus mengambil pendekatan mendidik pengguna jalanraya dan bukan menghukum mereka dengan saman ekor dan denda yang amat tinggi dalam keadaan ekonomi yang merudum sekarang. Kita juga difahamkan terdapat berjuta ringgit saman ekor yang tidak dibayar kerana mereka tidak mampu. Pihak berkuasa perlulah bertimbang rasa dengan meminimakan denda ini kerana rakyat perlu didahulukan!
Pihak polis dan kereta peronda hendaklah sentiasa berada dan rajin meronda di jalan-jalan persekutuan dan lebuhraya –lebuhraya dilokasi-lokasi tertentu yang jelas supaya pengguna dapat merasai kehadiran mereka. Ini dapat mengekang pemandu- pemandu yang tidak berhemah , samseng jalanan dan mengurangkan kadar jenayah terutamanya dimusim perayaan seperti Hari Raya yang bakal menjelma. Nasihat dan teguran boleh terus dibuat jika berlaku kesalahan dan saman mungkin pilihan yang terakhir tetapi bukan saman ekor!

CUKAI TAKSIRAN SELANGOR AMAT MENGELIRUKAN


Tuntutan cukai taksiran negeri Selangor amat mengelirukan. Ini adalah kerana notis tuntutan tunggakan terus sampai kepada penghuni pada bulan Julai 2010 tanpa penghuni menerima tuntutan cukai untuk bulan Januari hingga Jun 2010! Notis tuntutan Julai hingga Disember 2010 diterima berserta dengan denda lewat bayar sebanyak RM 20.00! Yang menjadi muskilnya mengapa perlu kena denda sedangkan tuntutan bulan Januari hingga Jun tidak dihantar! Adakah kerajaan negeri Selangor hendak menyalahkan proses penghataran lewat atau kita perlu datang sendiri ke pejabat Daerah dan bertanya bila notis mahu dikeluarkan untuk cukai sendiri? Apakah kita harus membayar denda yang bukan kesalahan sendiri?
Kita juga amat pelik mengapa denda atau caj lewat bayar ini naik begitu mendadak dan berubah-ubah? Semasa kerajaan Barisan Nasional denda lewat hanyalah RM 1.00 mengikut seksyen-kecil (1) 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976. Malangnya semasa kerajaan Pakatan mengambil alih dengan mengunakan seksyen yang sama telah dikenakan denda sebanyak RM 15.45 untuk tahun taksiran 2009 dan pada tahun 2010 pula denda lewat telah bertambah kepada RM 20.00 mengikut tunggakan caj seksyen 147 pula! Walauapa pun alasannya mengenakan denda ini, mengapa denda dinaikkan dengan begitu mendadak dan berubah- ubah pada setiap tahun?
Kerajaan Pakatan bukan sahaja berjanji mahu menurunkan kadar cukai pintu dan menabur pelbagai lagi janji manis, tetapi tidak semua ditunaikan, malah kini rakyat Selangor berdepan dengan denda cukai taksiran yang amat membebankan dan naik berlipat kali ganda. Apakah kerajaan Selangor sudah kemaruk dengan hasil yang diperoleh dan mencari peluang mendenda rakyatnya jika terleka sedikit? Mungkin inilah konsep ‘negeri berkebajikan’ sebagaimana yang yang dilaung-laungkan dengan megahnya oleh PAS dan Pakatan Rakyat Selangor! Apakah yang PAS dan PKR buat untuk membela nasib orang Melayu dan Islam di Selangor setelah dua tahun berkuasa? Sedangkan DAP telah mengambil segala peluang yang ada untuk mengungkit hak-hak istimewa orang Melayu termasuk menghapuskan diskaun harta tanah untuk orang Melayu. Mungkin PAS dan PKR layak digelar jaguh dipentas ceramah tetapi tidak ada tindakan yang diambil, umpama tin kosong atau cakap tak serupa bikin! Inilah harga yang amat mahal yang perlu dibayar oleh sebahagian rakyat Selangor yang begitu teruja apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Selangor!

Isnin, 26 April 2010

MELAYU SEMAKIN SOMBONG


Melayu semakin sombong,walau pun kuasa memerintah sekarang semakin mengecil.Melayu semakin rakus ingin berkuasa walau pun sanggup mencakar,menajak dan memijak belakang bangsa sendiri untuk naik keatas.Bercakaran sesama bangsa kerana berlainan parti. Sanggup berpelukan dengan bangsa asing dan memaki hamun bangsa sendiri demi untuk mendapat kedudukan dalam arena politik! Sanggup membuka pekung bangsa sendiri dan di beri peluang untuk melanyak -lanyakkan saudara seagama dan sebangsa!.
Apakah Melayu UMNO kurang atau tidak Islamik berbandingkan dengan 'Melayu' PAS atau Melayu PKR? PAS sendiri tidak lagi mahu memperjuangkan atas nama Melayu kerana bersifat nasionalis maka mereka berjuang atas nama Islam. Disebabkan 'Hidup Melayu' tidak digemari dan selalu dipersendakan oleh orang PAS maka mereka bolehlah kita panggil bangsa Malaysia saja bukan lagi Melayu!
Jika kita mahu memperjuangkan hak bangsa Melayu mengikut perlembagaan pun dikatakan kita rasis! Jadi kita perlu diam,tunduk dan angguk sampailah kepala diketuk! Untuk memperjuangkan hak, memang kita perlu resis, kenapa tidak? NGO NGO Melayu kita perlu disokong demi memertabatkan kedaulatan bangsa Melayu dan kedaulatan Raja Raja Melayu.
Yang pelik nya kutukan dan kata kata resis kadangnya ditimbulkan olih orang Melayu sendiri kerana matalamat menghalalkan cara!
Perpecahan politik Melayu semakin parah bila tertubuhnya Pakatan Rakyat. Melayu sudah menjadi tiga cabang UMNO,PAS dan PKR. Perpecahan ini menguntungkan siapa? DAP sudah mencongak dan mengira inilah peluang nya kaum minoriti boleh menguasai kaum majoriti! Ini terbukti sudah di Selangor dan sepintas di Perak dan sudah tentunya di Pulau Pinang!
Namun Melayu masih tidak sedar diri dan terusan sombong sesama bangsa sendiri,bercakaran demi kepartian!

Khamis, 18 Mac 2010

HALAL: MELAYU SEDANG DIKELIRUKAN

Melayu moden menghalalkan semua didepan mata,jadi mengapa JAKIM perlu risau pada kopitiam? Kopitiam dari sejarahnya memang kedai kopi Cina, lihat saja cawan,piring ,gelas dan mangkuknya, semua berciri kecinaan. Jadi mengapa kita orang Melayu yang mengaku beragama Islam masuk dan minum kopi di situ?
Memang patut pun kopitiam tidak mahu minta sijil halal kerana mereka buka kedai kopi untuk orang Cina atau tauke Cina lepas lelah setelah penat berniaga boleh main poker atau majung. Mereka lepak disitu dan minum- minum bersama roti bakar. Jadi kita tidak patut salahkan tauke kopitiam jika mahu campur arak dalam kopi ke atau jual minuman keras ke kerana itu bisness mereka! Jika orang Melayu yang Islam masuk dan minum di kopitiam dan minta makanan atau roti bakar, ini salah siapa? Kita sudah pasti tahu ini kedai bukan Islam dan taraf halal nya pasti boleh dipertikaikan! tetapi malangnya orang Melayu moden yang sebeginilah yang ramai sekarang tanpa memperhetongkan makanan yang masuk dalam perut untuk menjadi darah dagingnya halal atau haram, kadangnya menjamu selera dengan anak dan isteri sekali!
Tauke kopitiam dengan besar hati melayan kerana tanpa sijil halal pun orang Melayu masih mahu makan dan minum dikedainya, jadi perlu apa minta sijil!
Perkara ini bukan berlaku dikedai kopitiam sahaja, kalau kita singgah di tempat rehat lebuhraya Utara -Selatan diperhentian sebelum Tanjung Malim menghala Kuala Lumpur atau perhentian Rawang menghala ke Utara perkara yang sama kita akan dapat lihat. Gerai bukan Islam lah yang menjadi tumpuan orang Melayu Islam dan sanggup beratur bersama keluarga untuk membeli makanan panas walau pun ada gerai dengan jelas tiada ada langsung tanda halal! Malah ada terpampang nama tuan ampunya gerai bukan Islam digerai tersebut! Orang Melayu amat mudah tertipu dan terpedaya sebab dilayan oleh pelayan Indonesia yang bertudung! Ini sudah dicop lulus dan boleh makan tanpa memikirkan bagaimanakah bahan bahan tersebut disediakan?
Kadangnya ada juga gerai- gerai nasi ayam atau restoran mamak di ibu kota seperti di Bangsar, Subang Jaya dan Ampang yang mempamirkan logo halal yang meragukan atau ditulis sahaja makanan halal tetapi orang Melayu moden ini tetap akan masuk makan kerana bagi mereka jika ada tulisan halal sudah cukup untuk masuk makan dan minum tanpa perlu berfikir panjang! Kasihan orang Melayu, betapa mudahnya mereka keliru dan dikelirukan sedangkan kuasa membeli ada pada mereka dan apa yang diperlukan ialah tepuk dada tanyalah selera!

Ahad, 21 Februari 2010

TIBA TIBA ADA JAWATAN KOSONG!!!

Kalau kita pergi makan di kedai mamak sekarang, pandang padang lah keliling kita pasti akan terpandang iklan iklan jawatan kosong diserata ceruk kedai. Macam2 jawatan dari pembancuh kopi/teh tarik, juruwang, pelayan hingga penebar roti canai pun ada ! Kadangnya kita tertanya juga sejak bila ada jawatan kosong ni? dulu tak nampak pun ! Dulu restoran mamak ni ramai pekerja nya berbelas dan kekadangnya berpuluh orang kerana ikut shif 24 jam! Tetapi dalam seminggu ni mana hilangnya pekerja yang ramai dulu? Minggu lepas kalu nak pesan teh tarik dan roti canai sekejap dah sampai, walau pun kadangnya kena cakap berulang ulang kali cakap perlahan- lahan untuk order makanan baru nak faham! Kalu tidak, alamat lain diminta lain yang sampailah. Nanti roti canai banjir bukan dia taruh kari dal atau kari ikan, tut tut nanti ditaruh susu pekat cap teko pulak! Baru padan bajir betui! Sekarang lamalah sikit menunggu kerana pekerja dulu yang ramai tu dah hilang entah kemana !
Check punya check, siasat punya siasat baru sedar rupanya kerajaan sedang memburu PATI (pendatang tanpa izin ) dan khabarnya dah hilang lebih dari 70,000 orang tanpa kesan selepas dapat visa masuk !!!! Ini penangan VOA lah kot! Kasihan Jabatan Imigresen. Punyalah ramai yang hilang, mana mereka pergi dan lesap dan dimana mereka ini disorok tidak lah diketahui. Inilah yang hairan bin ajaib. Lesap. Mungkin dalam hutan atau atas bukit,atas gunung,dalam laut?tak lah pulak diketahui. Pening dan sakit kepala kalu mahu fikirkan. Kalu dihimpun mereka ini, Stadium Bukit Jalil pun tak cukup,punyalah ramai kalah penonton bolasepak Piala FA! Dengar khabarnya,yang paling ramai nya dari India dan juga beberapa persen dari China, Indonesia,Vietnam, Afrika dan lain2nya dari seantero dunia!
Rupanya itulah sebab nya ada iklan jawatan kosong digantung. Tiba-tiba ada jawatan kosong! Apa pun inilah peluang orang kita terutama nya anak anak Melayu mohon kerja di restoran mamak, minta jadi cashier ka,tukang tebar roti canai ka atau tukang bancuh teh tarik ka atau jadi pelayan ka.......Sekarang berapa kerat sangat anak Melayu yang kerja di kedai mamak, boleh kira dengan jari saja, yang lain majoritinya mamak jugak. Minta jangan tak minta. Mereka tak ada alasan nak tolak permohonan sekarang. Jika tidak kedai mamak ini akan buat alasan orang Melayu tak minat kerja dgn mereka! dan alasan ini akan diambil untuk bawak balik pekerja pekerja asing yang hilang ini! Anak Melayu bekerja kenalah rajin dan jangan curi tulang dan jangan asyek nak merempit saja, bersosial saja dan lali tengok cerita cerita hantu,disko,karaoke dan rempit saja!
Kedai mamak pulak hendaklah bagi gaji yang berpatutan pada anak Melayu . Jangan pula samakan anak Malaysia dengan pendatang asing dengan gaji yang tak seberapa!kerana anak Melayu ada tanggungan, isteri,ibu,adek dan sebagainya.Pendatang banyak yang bujang,tinggal dan tidor pula atas kedai saja. Kalu gaji berpatutan dan ada cuti rehat pasti anak tempatan akan terpikat utk bekerja. Lagi pun roti canai kedai mamak harga sampai RM 1 sekeping, saiz nya sama macam gerai Melayu,tak kan tak boleh bayar gaji lebih kot!
Nanti kita boleh lah tengok anak Melayu dan tempatan jadi juruwang dan tukang buat teh tarik dan penebar roti canai di kedai dan restoran mamak pulak!

Selasa, 16 Februari 2010

INILAH PEWARIS BANGSA !

Akhibat terlampau ramainya orang asing dinegara kita sama ada masuk secara sah atau haram (PATI) telah menimbulkan masaalah sosial dikalangan rakyat Malaysia. Orang Melayu dan Islamlah yang paling tercabar dengan kemasukan orang asing atau pendatang asing ini! Anak Melayu terutamanya gadis Melayu ramai yang tergoda dengan paras rupa (?) pendatang dari Bangladesh atau Pakistan ini kerana konon nya heronya dalam wayang gambarnya 'cun' macam Shahruk Khan,Amir Khan dan macam macam khan lagi, nasib baik berkenan pada Khan kalu Singh lagi susah.Pemuda Melayu tak mainlah kerana telah di cop kaki dadah, Mat rempit,tak manco,tak pandai cinta cintan dan membosankan!
Orang Melayu memang sejak azali sudah lama kemaruk dan ketagih dengan cerita film Hindustan yg mengasyikan! Kalu di Pulau Pinang orang Melayu dan Melayu Peranakan /Jawi Peranakan (DKK -darah keturunan Keling) sanggup berbelanja berhabisan untuk menuntun berkali kali sesuatu cerita Hindustan ini! dulu ada cerita Janglee,Hate Mere Satee ,Sangam dan apa2 lagi. Sampai setiap dailog pun depa dah hafal! Kalu dalam panggung wayang depa asyik bercerita dan tepuk tangan kalu hero menang! Jika boleh depa pun nak masuk berlakon sama jadi macam hero dan heroin nya!
Pendatang ini bukan sahaja bekerja di kilang-kilang, kedai runcit,ladang dan kedai kopi tetapi sudah berani masuk kampung jual karpet,kain dan sejadah. Mula-mula naik basikal lama kelamaan, berniaga laku, naik motorsikal pula. Mereka sanggup bagi hutang bulanan dan mingguan kalah sistem yang dibuat oleh" Court memmoth'. ! Kalu berpakaian mereka ini 'smart'habis, kemeja lengan panjang. Kalu bercakap, mereka ini lembut tulang dari lidah,yang hairan nya dimana mereka belajar cakap Melayu bagitu cepat. Di Malaysia ada kaum Cina dan India yang hidup berzaman pun cakap Melayu lintang pukang lagi. Hal ini kita tabik pada mereka dan itulah yang orang kita dan gadis kita tertawan sangat. Sanggup kahwin dan ikut balik ke negara mereka.
Pepatah ada menyebut 'hujan emas dinegeri orang,hujan batu dinegeri sendiri, baik lagi negeri sendiri' tetapi ini sebaliknya bukan sahaja hujan batu tapi hujan pasir dan ribut taufan dinegeri orang! Tup tup rupanya kena kelentung ada yang sudah berbini dan ada pula yang hidup daif di hujung desa dinegara asal nya. Hari -hari makan capati, dal dengan susu lembu. Jika mahu makan kena kisar tepung sendirilah. Mulalah merasa kesal tak sudah dan menangis air mata darah sekali pun sudah tak guna. Nasi dah jadi bubur. Mulalah kesal dan minta bantuan mahu pulak bawa anak lari balik. Mahu disalahkan siapa? Pendatang? Atau salah sendiri? Atau Pemerintah?
Episod ini bukan sahaja terlibat dengan pendatang Bangladesh atau Pakistan tetapi sekarang telah menular dengan pendatang serumpun Indonesia pulak.Kemana dibawa lari? Lombok? Jawa?Riau?Kendiri? Sebabnya cinta buta punya pasal, sanggup lari dari sekolah dan tipu orang tua.
Episod ini belum berakhir lagi, sekarang lagi teruk bila negara buat dasar buka pintu dan dapat visa dipintu masuk KLIA! (VOA) Ada pula pendatang dari Nepal,Vietnam, Kemboja, Mynmar (Burma), Filipina, India, China, Afrika, Selatan Amerika, Iran ,Arab dan beberapa negara lagi yang dulu masa persekolahan cuma kita lihat negara2 ini dipeta dunia sahaja, sekarang rakyatnya sudah berada didepan mata!
Lagi lagi ada pula gadis Melayu yang terlibat jadi keldai dadah dan terperangkap dilokap dan penjara negara negara tersebut. Pak Hitam Afrika ini pun serupa pandai memujuk. Kekadang nya pandai pula guna bahasa Melayu dan Inggeris. Gadis kita banyak yang cair. Gadis kita cepat lemas dan teruja dengan tawaran dan pekej lawatan keluar negara dan wang yang lumayan. Gadis kita mahu terusan hidup mewah tanpa perlu kerja kuat atau bersusah payah memerah otak di menara gading. Biasalah orang kita! Mahu juga pakai handphone mahal macam kekawan, punya mobil dan apartment selesa tidak kira walau apa pun caranya, janji matlamat menghalalkan cara! Inilah anak Melayu moden yang akan mewarisi negara kita nanti. Inilah pewaris bangsa.
Gejala sosial sekarang memang tidak dapat dibendung lagi, dalam seminggu ini dalam bulan Febuari 2010 empat kes pembuangan dan kezaliman pada bayi telah berlaku. Sehingga ada yg sanggup membakar bayi tersebut! Masya'Allah. Salah siapakah ini?
Walauapa pun terjadi, Malaysia sudah pasti akan dipenuhi dengan generasi Melayu baru, mungkin lima atau sepuluh tahun lagi dimana anak Melayu kacukan akan dilahirkan dan dibesarkan hasil kacukan dan kahwin campur dengan Bangladesh,Pakistan,Afrikan,Arab,Asian dan juga sudah tentu dengan saudara serumpun Indonesia. Rupa mereka tidak lagi rupa Melayu kampung, Melayu asli atau desa dengan penuh santun dan berkulit sawo matang! Mungkin ada yang rupa Hindustan atau Pan Asian atau Nepal atau Vietnam atau mungkin berkulit hitam, Afrikan? Adakah mereka ini akan menjadi anak Melayu sejati? atau mahu melupakan sejarah keturunan kerana lebih mengejar kemodenan tanpa nilai nilai Islamik? Atau malu untuk mengaku 'aku orang Melayu?' Hanya masa yang akan menentukan, dan kita tunggu sahaja hasil nya.

Isnin, 15 Februari 2010