Ahad, 21 Februari 2010

TIBA TIBA ADA JAWATAN KOSONG!!!

Kalau kita pergi makan di kedai mamak sekarang, pandang padang lah keliling kita pasti akan terpandang iklan iklan jawatan kosong diserata ceruk kedai. Macam2 jawatan dari pembancuh kopi/teh tarik, juruwang, pelayan hingga penebar roti canai pun ada ! Kadangnya kita tertanya juga sejak bila ada jawatan kosong ni? dulu tak nampak pun ! Dulu restoran mamak ni ramai pekerja nya berbelas dan kekadangnya berpuluh orang kerana ikut shif 24 jam! Tetapi dalam seminggu ni mana hilangnya pekerja yang ramai dulu? Minggu lepas kalu nak pesan teh tarik dan roti canai sekejap dah sampai, walau pun kadangnya kena cakap berulang ulang kali cakap perlahan- lahan untuk order makanan baru nak faham! Kalu tidak, alamat lain diminta lain yang sampailah. Nanti roti canai banjir bukan dia taruh kari dal atau kari ikan, tut tut nanti ditaruh susu pekat cap teko pulak! Baru padan bajir betui! Sekarang lamalah sikit menunggu kerana pekerja dulu yang ramai tu dah hilang entah kemana !
Check punya check, siasat punya siasat baru sedar rupanya kerajaan sedang memburu PATI (pendatang tanpa izin ) dan khabarnya dah hilang lebih dari 70,000 orang tanpa kesan selepas dapat visa masuk !!!! Ini penangan VOA lah kot! Kasihan Jabatan Imigresen. Punyalah ramai yang hilang, mana mereka pergi dan lesap dan dimana mereka ini disorok tidak lah diketahui. Inilah yang hairan bin ajaib. Lesap. Mungkin dalam hutan atau atas bukit,atas gunung,dalam laut?tak lah pulak diketahui. Pening dan sakit kepala kalu mahu fikirkan. Kalu dihimpun mereka ini, Stadium Bukit Jalil pun tak cukup,punyalah ramai kalah penonton bolasepak Piala FA! Dengar khabarnya,yang paling ramai nya dari India dan juga beberapa persen dari China, Indonesia,Vietnam, Afrika dan lain2nya dari seantero dunia!
Rupanya itulah sebab nya ada iklan jawatan kosong digantung. Tiba-tiba ada jawatan kosong! Apa pun inilah peluang orang kita terutama nya anak anak Melayu mohon kerja di restoran mamak, minta jadi cashier ka,tukang tebar roti canai ka atau tukang bancuh teh tarik ka atau jadi pelayan ka.......Sekarang berapa kerat sangat anak Melayu yang kerja di kedai mamak, boleh kira dengan jari saja, yang lain majoritinya mamak jugak. Minta jangan tak minta. Mereka tak ada alasan nak tolak permohonan sekarang. Jika tidak kedai mamak ini akan buat alasan orang Melayu tak minat kerja dgn mereka! dan alasan ini akan diambil untuk bawak balik pekerja pekerja asing yang hilang ini! Anak Melayu bekerja kenalah rajin dan jangan curi tulang dan jangan asyek nak merempit saja, bersosial saja dan lali tengok cerita cerita hantu,disko,karaoke dan rempit saja!
Kedai mamak pulak hendaklah bagi gaji yang berpatutan pada anak Melayu . Jangan pula samakan anak Malaysia dengan pendatang asing dengan gaji yang tak seberapa!kerana anak Melayu ada tanggungan, isteri,ibu,adek dan sebagainya.Pendatang banyak yang bujang,tinggal dan tidor pula atas kedai saja. Kalu gaji berpatutan dan ada cuti rehat pasti anak tempatan akan terpikat utk bekerja. Lagi pun roti canai kedai mamak harga sampai RM 1 sekeping, saiz nya sama macam gerai Melayu,tak kan tak boleh bayar gaji lebih kot!
Nanti kita boleh lah tengok anak Melayu dan tempatan jadi juruwang dan tukang buat teh tarik dan penebar roti canai di kedai dan restoran mamak pulak!

2 ulasan:

  1. pandangan saudara betul. pekerja asing tidak memilih kerja kerana mereka sedar mereka hanya pendatang. sebab tu mereka tak kisah tidur dimana dan makan ala kadar.

    sedangkan kita tinggal dinegara sendiri. perlu membayar bil api, air dan tangungan kita. sebab itulah kita perlukan gaji yang lebih berbanding pekerja asing.

    BalasPadam
  2. Terima kasih masuk blog saya. Hidup Melayu dan pertahankan Islam!!!

    BalasPadam