Isnin, 22 Jun 2009

APA ADA PADA ABAH

Abah adalah bapa,abah adalah ayah,abah adalah papa,abah adalah daddy dan apa saja panggilan dia tetap namanya ABAH. Sejak awalnya abah membanting tulang belulangnya,bermandi keringatnya dan memerah otak utk sesuap nasi bagi mulut mulut mulus dan kecil yg kelaparan dan hanya tahu meminta minta.Bila Abah balik disambut Isteri yg ceria dan setia bersama anak anak melompat kesukaan. Abah senyum,lupa sekejap cerita duka di pejabat yg dimarahi Boss kerana tidak sependapat.Abah dah mula rasa macam mahu pencen awal atau ambil saja VSS!
Setiap hujung minggu Abah bersama Mama membawa anak anak bersiar siaran di taman taman bunga Lake Garden atau Tasik Titi Wangsa atau pusing pusing di shopping kompleks Pertama dan Cambell atau Jalan Masjid India dan Chow Kit. Anak anak berlari ditaman dan jatuh bangun, amat gembira sekali. Di shopping kompleks kadang nya Abah bermurah hati membeli mainan sekadar termampu jika ada anak yg renget dan rajuk.
Setiap tiba libur atau pun cuti pendek ,Abah akan bawa keluarga keluar daerah pula. Kelantan,Terengganu,Pahang,Johor,Melaka,Negeri Sembilan, nama kan saja, Utara sampai Selatan dan seantero negeri di Semenanjung Tanah Melayu telah dijajahi. Pulau Pinang adalah suatu kemestian kerana mi rebus mamak bongkok, nasi Kandaq nya Kg Melayu dan cucur udang dan ais campur nyoknya dgn biji selasih di Chowrasta Market.Kadang kadang pi pekena laksa Penang Padang Kota Lama. Pulau Pinang juga adalah bumi bertuah tanah tumpah darah Abah dan Mama dekat kaki Bukit Bendera. Abah dan Mama berkawan masa sekolah dan jiran sebelah kampong Melayu dan kampong Tok Ji mah.
Di Pekan Rabu Alor Setar selalu juga pergi jalan jalan cari makan.Kadang nya kami jalan langsung ke Bukit Kayu Hitam atau Padang Besaq, pi pekena tong yam Siam!
Yang pasti dan tentu tak lupa semestinya' chi ucha' 'chi ucha' ia itu Si Rusa Inn di Port Dickson tempat mainan pasir anak anak dan buat kota dipantai. Di sini pasti ada peristiwa yg Abang Long tak kan lupa dan Abah bawa kami berkali kali,kenapa? Abah saja yg tahu.
Setiap tiba Hari Raya Puasa atau Lebaran pula Abah akan beli seorang sepasang baju Melayu kerana kain samping/songkit yg telah ada akan dipakai berulang kali kerana maseh baru! Abah kata bukan pakai selalu setahun hanya dua kali sahaja termasuk Raya Haji. Kain songkit ni adalah kenangan masa Abah tinggal di Kuala Brang dan bertugas di di Kuala Terengganu.
Hari Raya adalah yg paling gembira kerana Abah akan beli mercun dan bunga api banyak sekali,dari mana Abah beli kami kurang tahu. Ini adalah umpan utk bermain dgn adek beradik dan sepupu di Pulau Pinang.
Tahun 1983 Abah kena tukar ke Kuching, Sarawak.Abah bawa kami dan 'yong' kami sekeluarga termasuk Tok Munah ke Kuching. Rumah agak selesa di Bong Chin Terece. Bandar Serian,Tasik Biru ,Lundu,Simanggang (Sri Aman),naik feri ke Kampong Buntal dan banyak lagi Abah bawa jalan jalan hingga ke rumah Panjang. Di Tasik Biru peristiwa Abang Ngah hilang sebentar tak dapat Abah lupakan. Abah dan Mama hampir menitis air mata takut dia jatuh dalam tasik puaka bekas lombog emas tersebut.
Setiap hujung minggu pula mesti pi Jalan Satok, ada Pasar Dayak !Macam macam di jual dari ulat kayu,ular dan monyet dan kancil dan landak semua dijual. Abah juga bawa kami bermain main di Taman Bunga dekat muzium yg ada kubur Cina!
Di Sarawak keluarga kami bertambah seorang lagi, anak Kuching..kelahiran Kuching,made in Kuching! Iaitu Abang Chik.Abang Long pula masuk darjah satu di Sekolah Batu Lintang, Adek nya pula,Abang Ngah masuk Tadika Cina Nanyang.Tiap tiap hari balik dia akan sebut 'undergelaon lay lod', rupa rupa nya 'under ground rail road!' Pelat habis. Yang best nya dia akan marah kalau kata cik gu nya sebut tak betul! Buat muka macam asam kecut.Cik gu Cinanya pun sayang pada dia. Al maklumlah budak Melayu cuma ada dua orang saja, yg lain nya Iban,Bidayuh,Malanau dan Cina saja dan tidak ada India sebab Abah cakap di Sarawak komuniti India amat kecil sekali, jarang jumpa mereka.
Balik Sarawak tahun 1987, Abah bertugas di Ibu Pejabat. Abah dapat naik pangkat.Selepas ini keluarga bertambah lagi, bertambah lah lagi isi rumah. Tanggung jawab Abah makin berat kena isi perut empat beradik kami yg makin membesar, macam mana pun kami hidup selesa, Alhamdullilah.
Sembilan tahun selepas balik Sarawak iaitu tahun 1996, Abang yg sulung kena sambung pulak belajar di Dublin, Ireland. Adek adek dan Mama terasa kehilangan. Abah lagi terasa kerana sebaik saja Abang Long berlepas ke Dublin, ayah Abah pulang ke Rahmatullah. Semuga roh nya di cucuri rahmat. Kepergian Abang Long amat terasa, walau pun sebelum ini Abang Long sudah pun tinggal di asrama Simpang Lima dan Kuala Terangganu tapi masih lagi dibumi Tanah Melayu. Paling kurang seminggu sekali boleh berjumpa atau bertanya khabar.
Selang beberapa tahun,kekurangan dan kesunyian kian terasa kerana Abang Ngah nya pula menyambung studi nya di Ujung Pandang atau Makassar di Sulawesi. Abang Ngah teruja sangat sebab sebelum ini bawa diri ketempat Abang Long dan kerja di 'bakery' kerana permohonan kali petamanya tidak diterima. Mama dan adik adik bertambah sedih kerana kesunyian mengenang nasib diperantauwan. Di Dublin pula Abang pun kerja juga di hotel dibahagian kemas bilik pasai nak tambah belanja pasai disana semua pakai Pound belum lagi ada Euro masa tu.
Abah lagi pening kerana mau pikir bagaimana mau biaya mereka di perantauwan ini. Abah garu garu kepala.Rambut hitam beransur putih, dulu yg lebat sudah nampak jarang jarang. Mana tidak nya,paling kurang duit poket mesti beri disamping keperluan lain. Harga buku saja sampai seratus dua ratus ringgit sebuah buku! Kerani di Bank dan pejabat pos sudah kenal Abah kerana setiap awal bulan ada saja proses gaji masuk dan keluar. Setiap bulan muka Abah mesti muncul. Sedang duit simpan dalam ASB makin berkurang. Kadang nya Abah buang 'neck tie' dan lipat lengan baju bila pi 'post office' nak keluar duit ASB kerana baki duit amat sikit sekali. Abah malu rasanya pakai 'smart' tapi simpanan pokai! Abah kata Mama pun pernah menitis air mata di Tabung Haji Kuala Kubu Baharu kerana simpanan yg tinggal tidak boleh ambil. Ini utk belanja tambang Abang Long balik Dublin kerana minima RM 1000 kena simpan utk modal pergi Haji. Abah habis pikir, dia bincang dgn Mama, dia tidak ada jalan lain lagi mesti kena jual tanah di Taiping utk biayai Abang Ngah ke Sulawesi.
Walau macam mana pun masa Abang Long graduasi di Dublin pada tahun 2002,Abah dan Mama berusaha juga hadzir di majlis tersebut walau pun hanya makan buah dan air mineral saja masa jalan jalan di sana. Balik rumah baru tanak nasi. Abang Long cukup gembira kerana berjaya cita cita dia. Sementelahan pulak Abang Long baru saja kahwin dan bawa isteri dia sekali.
Anak yg tinggal dua orang lagi iaitu Abang Chik dan yg bongsu juga masih perlu dibantu. Adek yang bongsunya selepas sekolah Tahfiz meyambung pula di Kolej Shah Alam mengikuti Abang Cik yg sedang mengambil Ijazah di tempat yg sama. Abah tak pernah paksa mereka mahu jadi apa. Jika nak ikut macam Abang abang mereka ,terpulang lah, Abah dan Mama hanya dapat berdoa' yg terbaik utk anak Abah dan Mama.
Abah semakin pening kerana umur semakin meningkat. Persaraan semakin dekat.Kerja dan mesyuarat kekadangnya sampai lewat malam, meeting, meeting dan meeting. Boss pula kadang nya meeting melampui waktu solat. Abah fikir mahu saja ambil VSS kerana kerja pun sudah tiga puluh satu tahun! Tapi bagaimana pula mau biaya anak anak yg masih mengharap?
Bila capai umur lima puluh empat Abah bincang dgn Mama dan tawakal utk ambil VSS saja. Abang Long dah pun dapat cahaya mata pertama, Adam nama nya dan bertugas di Hospital Cork. Abah,Mama,Abang Cik dan adek yg bungsu pergi melawat Cork utk lihat cucu sulung.
Dalam pada itu Abang Ngah pula akan graduasi pada 2007, Abah, Mama sekali lagi pergi ke Ujung Pandang bersama adek adek utk tumpang gembira. Abang Ngah kini dah pun berkeluarga bukan saja belajar di Sulawesi tapi bawa balik orang Bugis sekali.
Kini Abang Long dah pun berpindah dan tinggal di Dublin semula. Masa amat cepat berlalu dan Abang Long dah pun tiga belas tahun dan masih bekerja di salah sebuah hospital disana dan kini tengah menanti anak yg kedua pulak.Abang Ngah pun sedang menanti cahaya mata dan sedang bertugas di hospital Kajang.
Usia Abah kini sudah lima puluh tujuh tahun dan amat bahagia bersama Mama. Dalam usia emas yg lanjut dan sudah melampaui usia persaraan. Masa terasa amat pantas.Kawan kawan sepejabat dulu ,tidak lagi berhubungan. 'handphone 'pun dalam masa seminggu jarang sekali berbunyi,kalau ada pun cuma pesanan dari penaja. SMS langsung tiada, kalau tidak dari anak anak dan Mama. Biasalah ,siapa mahu berurusan dgn org pencen yg tak memberi apa apa munafaatnya?dan kepentingan? Macam kata orang buat habeh boras saja. Tapi Abah sudah bersedia situasi ini. Kawan Abah yg amat karib sekarang ialah Mama dan anak anak dan sedikit dari kekawan surau atau masjid.Hujung minggu Abah melawat Abang Ngah atau sebulan sekali ke Taiping melawat Ibu Abah yg kurang upaya dan semuga dirahmati Allah dan adek Abah yg bungsu serta anak anak nya.
Di rumah hanya tinggal Abang Chik dan sekali sekala akan datang Abang Ngah dan isteri nya dan anak Abah yg bungsunya. Kesunyian dapat dirasai,tidak lagi sorak sorai dan jerit pekik dan hilai tawa seperti zaman anak anak dulu. Sunyi dan sunyi amat terasa.Abang Long pula hanya akan balik bila musim Raya Puasa tiba.Cuti nya panjang,sampai sebulan tapi biasalah perlu bagi dua.Sama rata,sama rasa. Setengah di Kg Pendek,Kelantan dan separuh lagi diRawang,Selangor.Bila balik sudah beratur ditangan senarai panjang makanan Melayu yg mesti dicari kerana rindu mahu makan semua! KFC,Big Mc dll yg tak halal di Dublin habis di 'pediah' di Tanah Melayu ini. Abah dan adek adek tumpang semangkuk la!!!!
Kepada Mama,Abah dah pesan awal awal lagi, jika anak anak sejak awal dilepaskan utk duduk di asrama,maka itulah permulaannya perpisahan anak anak kita akan berlaku dgn keluarga hinggalah akhirnya.Mengapa tidak? Kerana selepas sekolah asrama,mereka akan ke kolej, lepas tu ke universiti, lepas tu akan bertugas dalam atau luar negara pulak.Tinggal bersama kekawan . Selepas ini berkahwin dan berkeluarga, tinggal lah bersama isteri dan anak anaknya pula. Terasing dan tersendiri.
Walaupun kekadang teras sunyi, Abah merasa amat bangga dapat mendidik Anak anak dgn bantuan Mama yg tersayang supaya anak anak Abah menjadi manusia berguna.Abah tahu kekadang nya Mama amat keras didikan nya dgn Anak anak,biasa terjadi,buku melayang kat muka sebab tidak habis 'home works'!atau mahu bakar saja buku sekolah kerana mereka dah mulai menjadi 'daun'(bahasa dalam keluarga, daun palas= malas). Biasa pada suatu ketika Abang Cik bawa balik buku kosong tanpa tulis apa apa pun!
Abah tidak meminta apa apa bersama Mama kerana membesar anak anak. Mendidik adalah anugerah Illahi dan amanat Allah. Walau pun penat dan berbelanja utk akademik macam tidak ada berkesudahan nya, Abah merasa amat puas. Abah sentiasa berdoa' dan berharap anak anak akan mendoa' kesejahteraan dan kesihatan Abah dan Mama!
Abah juga selalu mendoa'kan anak anaknya untuk tidak meninggal solat dan amalan amal maaruf. Meninggalkan nahi mungkar dan berbakti kepada Allah,agama,keluarga dan juga nusa bangsa.
Bagi Abah,tugas Abah hampir selesai sudah kerana adek bungsu dah pun berusia dua puluh tahun,umpama kata usikan dalam famili 'dah bangka ulu'. Abah telah pun memberi segala nya tetapi bukan nya harta, tidak juga wang berjuta,tidak juga tanah berekar ekar ,tidak juga rumah dan segala, kerana Abah tidak punyai apa apa, 'tanah hanya sekangkang kera!
Apa ada pada Abah?
Abah tidak mahu menjadi macam kawan kawan nya yg sudah dari mula membahagikan harta dan rumah segala pada setiap anak anak mereka.
Apa ada pada Abah!
Cuma Abah memberi dan menghalalkan Ilmu yg berguna.Abah harap anak anak mengerti.Ibaratnya memberi kail dan umpan utk menangkap ikan di lautan yg dalam bukan nya membeli ikan atau makanan di pasar malam untuk anak anak nya yg dgn senang lenangnya menunggu dirumah untuk makan sambil bermain main dgn komputer 'games'! mereka.
Tanpa usaha ,kita tidak akan berjaya.
Apa ada pada Abah.
Cuma Abah selalu sebut bila dah dewasa dan berkeluarga maka pendayung sudah ditangan maka sampan dilautan hendaklah di kendali kan sebaik mungkin bila ribut menganas. Pastikan sampan akan timbul atau tengelam nya. Dengan Ilmu semua cita dan harapan Anak pasti berjaya ,Insya'Allah.Abah selalu mengingatkan dan seboleh mungkin mahukan ilmu yg diberikan sama rata,sama rasa pd anak anak. Nanti bila dewasa dan keluarga semakin besar maka tidak akan ada yg beriri hati dan memukaddimahkan perpecahan keluarga bila melihat ada yg senang lenang dan ada pula yg melukut ditepi gantang!
Apa ada pada Abah.
Cuma satu yg Abah selalu fikirkan dan selalu renungkan adakah Anak anak akan dapat lakukan dan buat sedaya upaya seperti yg Abah dan Mama berikan? Kasih sayang ,rindu belai dan jerih payah dalam mana semakin hari semakin kurang nya kudrat dan upaya Abah dan Mama kerna dimamah usia.
Dalam usia yg semakin meniti dan penghujung, Abah dan Mama alhamdullilah telah pun berjaya menunaikan rukun Islam yg terakhir,Haji.Pun begitu di sana, di depan Baitulllah Abah dan Mama masih terus mendoa'kan kesejahteraan anak anak dan keluarga mereka.
Apa ada pada Abah!
Apa ada pada Abah!
Tidak ada apa pada Abah.

Selasa, 16 Jun 2009

Satu Keluarga Satu Profesional

Assalammuailaikum,
Minda Melayu perlu dimodenkan dan berfikiran jauh dlm dunia yg mencabar ini. Apa kata setiap keluarga Melayu merancangkan utk mendidik anak anak mereka menjadi sekurang kurang nya seorang profesional dalam keluarga mereka . Jika ada tiga orang anak maka seorang daripada nya dirancang utk menjadi seorang Dokter. Jika ada lima orang anak maka seorang dirancang menjadi Dokter dan seorang lagi menjadi akauntan. Kalau lebih dari dua orang menjadi profesional adalah lebih baik. Jika ada lapan orang anak maka perlu ada seorang Dokter, seorang Akauntant dan seorang jurutera atau Arkitek atau kedua dua nya sekali! Kalau sepuluh orang anak maka perlulah sekurang kurang nya dua orang Dokter dan dua lagi berbagai jawatan profesional.
Jika ini kita rancangkan dan menjadi,maka kita dapat bayangkan betapa ramainya jumlah profesional Melayu dalam sesuatu famili atau sesuatu kampung atau Taman Perumahan malah dalam negara Malaysia ini. Dapatlah kita tandingi jumlah bangsa lain iaitu Cina dan India yang sekarang mengatasi jumlah profesional Melayu!
Boleh kah kita rancang? Yakin boleh dan boleh insya'Allah.Selamat mecuba resepi ini.