Selasa, 16 Jun 2009

Satu Keluarga Satu Profesional

Assalammuailaikum,
Minda Melayu perlu dimodenkan dan berfikiran jauh dlm dunia yg mencabar ini. Apa kata setiap keluarga Melayu merancangkan utk mendidik anak anak mereka menjadi sekurang kurang nya seorang profesional dalam keluarga mereka . Jika ada tiga orang anak maka seorang daripada nya dirancang utk menjadi seorang Dokter. Jika ada lima orang anak maka seorang dirancang menjadi Dokter dan seorang lagi menjadi akauntan. Kalau lebih dari dua orang menjadi profesional adalah lebih baik. Jika ada lapan orang anak maka perlu ada seorang Dokter, seorang Akauntant dan seorang jurutera atau Arkitek atau kedua dua nya sekali! Kalau sepuluh orang anak maka perlulah sekurang kurang nya dua orang Dokter dan dua lagi berbagai jawatan profesional.
Jika ini kita rancangkan dan menjadi,maka kita dapat bayangkan betapa ramainya jumlah profesional Melayu dalam sesuatu famili atau sesuatu kampung atau Taman Perumahan malah dalam negara Malaysia ini. Dapatlah kita tandingi jumlah bangsa lain iaitu Cina dan India yang sekarang mengatasi jumlah profesional Melayu!
Boleh kah kita rancang? Yakin boleh dan boleh insya'Allah.Selamat mecuba resepi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan