Khamis, 14 Ogos 2025

Melayu Yang Berpecah Belah

 Melayu yg berpecah belah


Di abad ini Bangsa Melayu berpecah teruk.Berpecah bukan dari hasutan bangsa lain tapi oleh bangsa sendiri demi kegelojohan kuasa dan kepentingan kuam keluarga dan anak pinak!Dulunya orang putih yang men ‘divide and role menek moyang kit tapi kini kita sendiri yang memecahbelahkan,mencincang,merobek dan memusnahkan bangsa Melayu sendiri.

Kita telah menjadi tompok tompok kecil yang senang dipijak dan dikutip sebagai bangkai yang tak bernyawa dan dicampak kelaut!

Mereka yang dulu nya picisan dan umpama melukut ditepi gantang dan menjadi buruh dilumbung dan menoreh getah telah bersiap sedia menjadi tuan besar!setelah ekonomi mereka gengam kini mereka mahu kuasai politik pula?Perpecahan kita adalah menjadi penyatuan bagi mereka.

Kalau kita terus bercakaran sesama Melayu maka akan ternyatalah pepatah kita yang menang menjadi arang,yang kalah menjadi abu!!

Kita akan lenyap dari bumi Tanah Melayu dan akan dibaca dalam buku sejarah atau filem Melayu umpama orang Red Indian di Amerika lenyap dari bumi nyata!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan