Kalau dibandingkan kesalah-kesalahan ini dengan kesalahan
moral pemimpin sekarang, amatlah kecil umpama langit dengan bumi! Apa yang ingin kita bangkitkan ialah
betapa beraninya pemimpin dan pengikut parti-parti politik dahulu berbanding
dengan pemimpin dan pengikut tegar parti politik sekarang berkenaan isu moral. Pemimpin
parti politik dahulu akan mengambil tindakan tegas ke atas ahlinya yang bermasalah
demi menjaga maruah dan kredibiliti partinya. Mereka berjuang dan bertindak
tanpa takut dan ragu-ragu. Tidak seperti sekarang dimana pelaku kesalahan terang-terangan
dilindungi parti dan para pemimpin parti
yang melakukan kesalahan pula menafikan kesalahan moral yang dibuatnya walaupun
hampir seratus peratus buktinya talah dinyatakan dengan jelas. Kalau di luar negara,
pemimpin sebegini akan segera berundur atau meletak jawatan lihat sahaja apa
yang telah berlaku di Turki dan Indonesia.
Yang lebih tidak bermoral lagi ialah mereka cuba menyalahkan
pula pihak lain termasuk media massa atau musuh politik mereka dengan menyaman dan
dituduh sengaja mengada -adakan cerita. Perkara memutar belitkan isu sebegini
tidak berlaku di zaman dahulu. Pemimpin dahulu lebih ‘gentlemen’, berani dan yang paling penting bukan seorang yang penakut! Kita juga kadang-kadang
terfikir mengapakah pemimpin yang tidak bermoral sebegini masih lagi disokong
oleh segelintir pengikut tegar, sedangkan media elektronik yang canggih
sekarang dengan pita videonya telah dapat membuktikan sesuatu kes itu benar
berlaku dan sahih! Mungkinkah mereka ini telah menganggap kes atau isu moral sebegini adalah perkara
biasa dan ini adalah hak individu yang bebas tidak boleh diganggu dalam sistem
demokrasi dan terbuka? Inilah juga yang
sedang dan cuba diperjuangkan oleh gerakan
‘Bersih’ yang bersekongkol dengan Pakatan Rakyat. Inilah juga yang cuba diperjuangkan
oleh perjuangan ‘lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) termasuk NGO
yang bersekutu dengan mereka!
Jika inilah pandangan masyarakat kita sekarang dan pengikut
tegar pemimpin parti politik ini. Maka akan kucar-kacirlah masa depan masyarakat
dan hala tuju generasi muda kita. Akan hancurlah moral anak bangsa kita dimasa
hadapan. Kita harus menolak pemimpin-pemimpin yang berkonsepkan’ matlamat menghalalkan
cara’. Kita juga perlu ingat bahawa kita harus membayar dengan harga yang amat mahal jika kita tersalah
langkah memilih pada PRU ke13 nanti! Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada
gunanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan